SIFAT-SIFAT DAN KEPENTINGAN SYURA

Jumlah ahli Syura
a.Jumlah ahli Syura dalam majlis musyawarah tidak semestinya melebihi satu dewan. Al Syura dapat dibuat oleh paling kurang antara dua orang ahli  sahaja. Keputusan yang dibuat oleh perbincangan tersebut akan dianggap sebagai keputusan majlis Al Syura.

Menjadi ahli syura perlu mempunyai sifat yang baik. Antara sifat-sifat baik yang disyaratkan oleh Saidina Ali bin Abi Talib adalah:
1)Individu yang bijaksana dan berpandangan jauh.
2)Individu yang tidak melalukan kezaliman dan tidak membantu orang-orang yang zalim untuk melakukan kejahatan kepada orang lain.
3)Individu yang bertaqwa dan adil.
4)Individu yang berilmu untuk membuat majlis dengan baik.


Kepentingan nya adalah:
1) Melalui Al Syura, kesalahan yang dibuat dapat dielakkan kerana keputusan yang dibuat telah dipersetujui secara ramai.
2) Syura juga akan meningkatkan komitmen pekerja yang baik kerana keputusan tersebut dibuat secara bersama-sama.

Allah s.w.t telah berfirman:
"Dan (bagi) orang-orang yang menerima (mematuhi) seruan Tuhan nya dan mendirikan solat, sedang urusan mereka (diputuskan), dengan musyawarah antara mereka; dan mereka menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka." (Qs Asy Syura:38)

Comments

Popular posts from this blog

KEPENTINGAN AL SYURA DALAM ORGANISASI

DEFINISI AL SYURA